Rabu, 27 April 2016

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA




Air merupakan sumber asas yang sangat penting untuk manusia, haiwan serta tumbuhan. Kita sebagai manusia, haruslah memastikan tubuh badan kita ini sentiasa mempunyai kuantiti air yang cukup. Air dapat melancarkan sistem pencernaan. Tanpa air, kita akan mudah mendapat penyakit seperti kulit kering, sakit tekak dan sebagainya. Oleh itu, air sangat penting bagi kita.

Fungsi air bagi tubuh badan:
  • merawat kulit yang kering
  • membantu mengawal suhu badan
  • melancarkan sistem peredaran darah
Kegunaan air untuk kehidupan seharian:
membasuh pakaian
memasak
menyiram pokok bunga

mencuci kereta



Komposisi air dalam tubuh badan:
  • 83% darah terdiri daripada air
  • 75% otot manusia terdiri daripada air
  • 74% otak manusia terdiri daripada air
  • 22% tulang terdiri daripada air

Oleh itu, kita haruslah pastikan sumber air yang diambil adalah bersih dan tidak tercemar. Sebagai contoh, pastikan air yang hendak diminum perlulah dimasak terlebih dahulu. Kita juga perlu elakkan meminum air yang mengandungi kuantiti gula yang tinggi kerana ia boleh mendatangkan kesan yang negatif.

Sumber rujukan:
  • http://zul1979.blogspot.my
  • fayodibaca.com
  • www.messefrankfurt.com
  • appliances.homexgarden.com