PENGENALAN
KEPADA SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA
Jantung
merupakan salah satu organ terpenting yang menghidupkan semua sistem
biologi dalam tubuh kita. Tanpa degupannya, sudah pasti seseorang itu
tidak bernyawa. Jantung akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk
mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun, disebabkan
oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung
untuk mendapat serangan sakit jantung. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan
dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan
kepada jantung.
Fungsi
jantung adalah untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Ruang sebelah kanan
jantung mengepam darah ke peparu, manakala ruang sebelah kiri jantung pula
mengepam darah ke bahagian badan yang lain. Jantung mengepam darah apabila
ototnya mengecut dan mengendur. Denyutan jantung boleh didengari dengan
menggunakan stetoskop semasa berlakunya pengecutan. Ruang sebelah kanan dan
kiri jantung bekerjasama dalam pengepaman darah. Kedua-dua atrium akan mengecut
dan mengendur secara serentak. Kedua-dua ventrikel juga bertindak secara
serentak. Injap mengasingkan atrium daripada ventrikel di bawahnya. Terdapat
juga injap pada salur darah yang keluar dari ventrikel. Injap memastikan darah
hanya mengalir dalam satu arah, iaitu dari atrium ke ventrikel dan kemudian
dari ventrikel ke dalam salur darah.
KEPENTINGAN
PENJAGAAN JANTUNG YANG SIHAT
·
Untuk meneruskan
kehidupan bersama keluarga tersayang dengan keadaan jantung yang sihat dan
berfungsi dengan baik tanpa sebarang penyakit.
·
Tubuh badan sentiasa
sihat sejahtera
·
Emosi dan pernafasan
seimbang untuk melakukan pelbagai pekerjaan. Sesuatu pekerjaan menjadi lebih
sistematik dan terautur jika dilakukannya dengan keadaan emosi yang baik dan
tenang.
·
Aktiviti bersukan dapat
dilakukan dengan jayanya. Bersukan penting bagi mengekalkan kesihatan jantung
dan organ-organ yang lain seperti ginjal dan peparu.
·
Memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem
peredaran darah menjadi lebih teratur.
·
Sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap
dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Tumbesaran kita tidak
terbantut dan dapat membesar menjadi orang yang normal.
·
Menggurangkan risiko menghadapi penyakit
berbahaya yang berkemungkinan boleh membawa kepada maut.
·
Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan di samping dapat
mengelakkan stress dalam kehidupan seharian.
·
Oleh itu, anda perlu menjaga kesihatan jantung
kerana ianya memberi kesan dalam menjaga kesihatan anda samada jasmani atau pun
mental.
PENYAKIT
YANG BERKAITAN DENGAN JANTUNG
PENYAKIT JANTUNG KORONARI
Penyakit jantung
koronari juga dikenali sebagai penyakit koronari arteri. Seseorang boleh
mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini
menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak
yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi
kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
Antara simptom utamanya adalah sakit di bahagian dada atau
dikenali sebagai angina pectoris. Selain itu, rasa sakit di leher seolah-olah
ada sesuatu yang mencekik, sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam
pada dada dan badan lemah serta berpeluh sejuk.
TEKANAN
DARAH TINGGI
Penghidap Hypertensi/darah tinggi kebanyakannya tidak
mengalami sebarang gejala. Kadang-kadang seseorang itu
hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala. Untuk memastikan atau
mengesahkan Hypertensi/tekanan darah tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah. Antara penyebabnya termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah lebih dari normal dan denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah. Antara penyebabnya termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah lebih dari normal dan denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
STROK
Strok adalah serangan otak yang permulaan
secara tiba-tiba disebabkan oleh tersumbat atau pecah saluran darah otak. Dalam
erti kata lain, strok adalah penyakit vaskular otak (serebrovaskular) dicirikan
oleh kematian tisu otak (infarksi serebrum).
Tanda-tanda utama strok:
• Sense kematian atau kehilangan rasa dan
kelemahan pada muka, lengan atau kaki jahil atau secara tiba-tiba, terutama
pada satu bahagian badan
• Sense kekeliruan secara tiba-tiba, gagap
atau sukar untuk difahami
• Satu atau kedua-dua mata matamendadak
kabur
• Kesukaran berjalan, penyesatan dan hilang
keseimbangan
CARA MENGATASI PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN
JANTUNG
MENGAWAL
BERAT BADAN
Kegemukan
sering mendatangkan pelbagai risiko lain seperti paras lemak yang tinggi,
darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Biasanya kegemukan adalah
disebabkan oleh pengambilan kuantiti makanan secara berlebihan yang mungkin
diamalkan sejak kecil lagi. Sekiranya seseorang itu memiliki berat badan
berlebihan dan tidak mampu untuk bergiat aktif, maka kalori makanan yang tinggi
jika tidak digunakan akan tersimpan menjadi lemak di beberapa bahagian
tertentu. Risiko penyempitan saluran darah mungkin akan berlaku sekiranya tidak
dikawal. Oleh itu, jika anda mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup,
berat badan yang berlebihan hendaklah dikurangkan segera bagi mengelakkan
pelbagai penyakit kronik menyerang seterusnya menyulitkan kehidupan
harian anda.
MENJAGA
PEMAKANAN
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat
badan, sebaik-baiknya elakkan dari mengambil makanan yang kaya dengan
lemak seperti mentega, keju, minyak sapi. Pesakit jantung sendiri
dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan berlemak. Makanan yang
mengandungi kolesterol seperti telur, mentega, hati dan seumpamanya
perlu dielakkan. Selain itu, penggunaan minyak dalam penyediaan makanan
juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus
dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik dan menyihatkan berbanding
yang bergoreng.
Jauhilah pengambilan alkohol. Ia bukan sahaja
menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan pelbagai
kesan buruk kepada tubuh, khususnya hati. Lebihkan pengambilan
sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan ini adalah sangat baik dijadikan
suplemen dalam membekalkan pelbagai nutrisi dan kaya dengan serat.
PERUBAHAN
GAYA HIDUP
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan
hipertensi atau tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara
hidup seseorang yang merangkumi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat
merokok, kerjaya dan tekanan (stres). Jika selama ini kita mengamalkan gaya
hidup yang tidak sihat, berubahlah segera. Tanganilah segera masalah atau
tekanan dengan bijak. Sentiasa berfikiran positif akan menjadikan anda seorang
yang cergas dan berfikiran matang dalam apa jua tindakan. Amalan gaya hidup yang
sihat tentunya akan membuatkan kualiti hidup bersama pasangan dan keluarga
lebih bermakna.
BERHENTI
MEROKOK
Majoriti
mereka yang mendapat serangan sakit jantung adalah dari kalangan yang
merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor
supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko
berulangnya sakit jantung itu.
BERSENAM
Aktiviti
senaman seperti berjogging, berjalan, beriadah atau berbasikal merupakan antara
contoh senaman sihat bagi semua golongan terutamanya bagi mereka yang
pernah mengalami serangan jantung. Aktiviti senaman dapat membantu jantung
mengepam darah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan baik dan lancar.
Bersenam secara teratur juga membantu menurunkan kadar tekanan darah. Sebarang
senaman yang jika dilakukan secara teratur dapat mengurangkan risiko seseorang
itu mendapat penyakit jantung atau penyakit berbahaya yang lain.
SUMBER
RUJUKAN
INTERNET:
BUKU:
Peter Ling Chee Chong, Tan Kim Low, Mohammed Haniff
bin Mohammed Saad, Ling Tien Sing & Choong Choe Hin (2012) Sains Tingkatan
3. Selangor: Masa Enterprise.
Tan Chong Seng & Lim Suat Ean (2014) Xpress PT3
Sains. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Zafirah Kasin, Rozlanni Mohd Nor & Siti
Norhidayah Hassan (2017) Kemahiran Proses Sains Tingkatan 3. Selangor: Alaf
Sanjung Sdn. Bhd.
